Lima negeri di semenanjung terjejas dengan banjir setakat 12 tengah hari ini dengan jumlah mangsa dipindahkan kini meningkat kepada 2,954 orang.<br /><br />Menurut laman sesawang info bencana JKM, 30 pusat pemindahan telah dibuka di Johor, Kelantan, Selangor, Melaka dan Perak menempatkan 914 keluarga.
